add

Showing posts with label makanan berkhasiat untuk bayi. Show all posts
Showing posts with label makanan berkhasiat untuk bayi. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Millet dan Labu


Assalamualikum..

Hari ni saya nak kongsi resepi makanan bayi: Millet dengan Labu.

Labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang mudah didapati dan ia tersangat lah murah. Rm 1.39-1.90/KG.Murah la jugak. Apa yang menarikknya tentang labu, ia mempunyai khasiat yang banyak seperti Vitamin A, C dan E. Kira, kalau nak kulit cantik tu, boleh la makan labu banyak-banyak. ;)

Ok.

Bahan-bahan

3 slices labu bersama kulit
3 sudu millet
air

Cara membuatnya

1) Masukkan millet di dalam periuk dan masukkan air. Tanak millet sehingga lembut dan lembab.

2) Dalam masa yang sama, rebus labu (tanpa buang kulit labu) dengan air. Air yang dimasukkan perlulah tidak melebihi paras labu. Kira, elok-elok menutupi labu sahaja. Rebus sehingga labu menjadi lembut.

3) Kemudian, keluarkan labu dari periuk, dan asingkan/korek isi-isi labu dari kulitnya dan masukkan dalam millet yang sudah lembut.

4) Gaulkan millet dan labu sehingga sebati.

5) Sejukkan dan sedia untuk dimakan

Anda juga boleh masukkan buah-buhan yang lain seperti kentang, pisang, kismis, kurma dan sebagainya. Untuk bayi yang berusia 6 bulan - 8 bulan., seeloknya, millet diblendder dan buah-buhan dijadikan puri terlebih dahulu untuk menghasilkan tekstur makanan yang halus dan lembut.

Mudah kan...

Selamat mencuba!!

-ibu iman-


Makanan Berkhasiat Untuk Bayi/Kanak-Kanak: Millet

Millet

Assalamualaikum wrt.

Sebagai seorang ibu yang bukan suri rumah sepanjang masa, saya memang kesuntukkan masa untuk menyediakan makanan Iman. Namun, sejak kebelakangan ni, sejak join group ni kat FB: Homemade Solid Food For Your Baby: saya sedar, sebagai seorang ibu, saya perlu menyediakan makanan yang berkhasiat. You are what you eat!.

Sebagai permulaan untuk memperkenalkan pada Iman makanan yang berkhasiat, saya pilih millet. Millet merupakan sejenis bijirin. Kalau dalam bahasa Melayu ia dipanggil sekoi. Ia boleh diperkenalkan pada bayi seawal umur 6 bulan. Ha, Iman dah setahun baru dapat makan millet sebab saya baru tahu khasiatnya. Millet dikatakan mempunyai protien yang tinggi. Ha, kalau tak caye cuba tengok table di bawah. Protien di dalam millet adalah lebih tinggi daripada beras!!..
So, ape lagi, moh kita cuba masak millet untuk anak kesayangan kita.


Jenis hasil tuaian

Protein(g)

Fiber(g)

Mineral(g)

Zat Besi (mg)

Kalsium(mg)

Pearl millet

10.6

1.3

2.3

16.9

38

Finger millet

7.3

3.6

2.7

3.9

344

Foxtail millet

12.3

8

3.3

2.8

31

Beras

6.8

0.2

0.6

0.7

10

Gandum

11.8

1.2

1.5

5.3

41


rujukan: pipaltree.org

nanti saya akan kongsi resepi millet pula yer. tunggu.

-ibu iman-

add