add

Wednesday, January 4, 2012

Millet dan Labu


Assalamualikum..

Hari ni saya nak kongsi resepi makanan bayi: Millet dengan Labu.

Labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang mudah didapati dan ia tersangat lah murah. Rm 1.39-1.90/KG.Murah la jugak. Apa yang menarikknya tentang labu, ia mempunyai khasiat yang banyak seperti Vitamin A, C dan E. Kira, kalau nak kulit cantik tu, boleh la makan labu banyak-banyak. ;)

Ok.

Bahan-bahan

3 slices labu bersama kulit
3 sudu millet
air

Cara membuatnya

1) Masukkan millet di dalam periuk dan masukkan air. Tanak millet sehingga lembut dan lembab.

2) Dalam masa yang sama, rebus labu (tanpa buang kulit labu) dengan air. Air yang dimasukkan perlulah tidak melebihi paras labu. Kira, elok-elok menutupi labu sahaja. Rebus sehingga labu menjadi lembut.

3) Kemudian, keluarkan labu dari periuk, dan asingkan/korek isi-isi labu dari kulitnya dan masukkan dalam millet yang sudah lembut.

4) Gaulkan millet dan labu sehingga sebati.

5) Sejukkan dan sedia untuk dimakan

Anda juga boleh masukkan buah-buhan yang lain seperti kentang, pisang, kismis, kurma dan sebagainya. Untuk bayi yang berusia 6 bulan - 8 bulan., seeloknya, millet diblendder dan buah-buhan dijadikan puri terlebih dahulu untuk menghasilkan tekstur makanan yang halus dan lembut.

Mudah kan...

Selamat mencuba!!

-ibu iman-


No comments:

Post a Comment

add