add

Monday, July 2, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Baby Megat dan Morsi Wins

Assalamualikum WBT dan salam sejahtera,

Wah..lamanya tak update blog ni...Dah hampir 3 bulan...Puh puh...berabuk bangat dah ni...Maaf kepada peminat-peminat bloh ni (ok budget banyak peminat le kunun)..

Hari ni rasa nak share something...dah tak larat nak buat lab sekarang..so rasa nak rest kejap.

Kekadang penat membuat lab memerlukan saya satu medium untuk mengexpresskan rasa hati. Cewah..

Banyak perkara yang berlaku sejak 3 bulan yang lalu. Apa pun nak katanya..CEPATNYA masa berlalu kan...waaaaa...sekarang dah half year of 2012...Copek boto, bak kata orang negeri sembilan...bak kata orang negeri sepuluh, esei tak tau...:)

Penutup bulan Jun sangat membahagiakan semua orang terutama buat sahabatku yang solehah iaitu 'Aishah.

'Aishah Amaran dan Zauj Megat telah dikurniakan oleh Allah mereka seorang mujahid yang sihat dan comel. Alhamdulillah. Moga mujahid inilah akan menjadi pendokong agama Islam. InsyaAllah, jom doakan.


Paling best, sebelum 'Aisyah "meletup", sempat juga ambil gambar dengan beliau. Heheheh..


Moga 'Aisyah dan Megat berbahagia dengan kurniaan cahaya mata dari Allah ini. Semoga dengan terbentuknya satu keluarga muslim ini akan menjadi titik tolak untuk membentuk lebih banyak lagi keluarga muslim di luar sana yang akhirnya dapat melahirkan masyarakat muslim...Banyak lagi tangga yang perlu dikejar...Tapi ia perlu bermula sekarang. Ya, sekarang..

Cuba tengok balik dengan kemenangan Dr Morsi di Mesir. Subhanallah...Setelah sekian lama IM bertapak di Mesir, sedikit demi sedikit melahirkan individu muslim, kemudian keluarga muslim, kemudian masyarakat muslim dan sekarang negara muslim.... Subhanallah. Kejayaan itu akhirnya tercapai..

Teringat waktu baca buku Hazadeen, teringat bila orang yang ditangkap dan di masukkan dalam penjara, mereka menayakan bilakah ISLAM akan menang...Kini terbukti ISLAM telah MENANG. dan untuk mencapai kemenangan ini bukan usaha satu dua hari sahaja...Bukan lah hanya 2-3 ribu duit dan bukan lah sedikit tenaga dan jiwa yang dikorbankan.  Perjalanan ini sumpah panjang kan...


Orang Mesir Gembira Dr Morsi Menang [image from google].


[image from google]

Ni dia Dr Morsi, pemimpin Mesir yang seorang Hafiz..Subhanallah..


Kejayaan itu pasti, namun jalan menuju kejayaan itu penuh onak dan duri.
Moga satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara Islam yang sebenar. 
Sebelum perkara itu berlaku masih banyak lagi benda-benda penting yang perlu disusun agar kejayaan itu tercapai. 

ALLAH MUSTAAN


Mode: tengah berangan nak hantar Iman belajar kat Mesir. Ada rezeki dapat jumpa Zaujah Dr Morsi yang hebat tu. Ya Allah, makbuklan doa ku :)

~Ibu Iman~




Monday, March 19, 2012

Iman Tak Sihat

Iman baru keluar hospital. Iman demam dan cirit birit. Kini, masih lemah-lemah. Sedih hati ibu lihat keadaan Iman.Doakan Iman ye. Ibu sangat sayang Iman.

Saturday, February 25, 2012

Hafaz Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim,

Sungguh Al-Quran itu petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Sebagai seorang Muslim, Al Quran adalah manual kehiupan kita. Ia menjadi rujukan utama dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang fana. Saya yakin ramai orang boleh mengaji. Alhamdulillah. Ye lah, dari kecil lagi kita dah diperkenalkan dengan muqaddam dan seterusnya Al Quran. Dan di TV pun dah banyak rancangan yang berkaitan dengan mengaji Al Quran. Alhamdulillah.

Selain mengaji, kita juga sebenarnya digalakkan menghafaz Al Quran. Orang yang menghafaz al Quran adalah sangat dekat dengan Allah kerana ayat-ayat cinta Allah, semuanya di minda dan hati mereka. Saya sangat cemburu dengan mereka!. Jom, hari ini saya kongsikan seorang pelajar jurutera yang berjaya menghafaz Al-Quran semasa di universiti. Moga-moga dengan tip-tip pelajar ini, kita semua boleh aplikasi dan bersemangat untuk hafaz al-Quran.




Sumber: ikram johor

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).

Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu

Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan

Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.

Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya

Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal: http://quranforbusypeople.wordpress.com/2011/04/24/how-to-memorize-the-quran/

Monday, February 20, 2012

Aduh! Sakit Mataku

Alhamdulillah,

Allah masih memberi diri ini peluang untuk bernafas, bercakap, menyentuh, senyum dan merasai sakit. Alhamdulillah. Bukankah merasai sakit itu jua satu nikmat Allah?

Sejak minggu lepas, saya dijangkiti sakit mata. Iman Haikal, anak kesayangan yang dijangkiti dulu. Disebabkan Iman dikatakan sebagai pembawa sakit mata di taska, saya pun jaga Iman di rumah. Hampir 6 hari Iman sakit mata. Mungkin disebabkan asyik bersama Iman, saya pun turut dijangkiti. Simptom sakit mata memang jelas. Mata jadi merah dan berair.


Diizinkan Allah, saya sebenarnya seorang yang jarang sakit, bila sakit menjelma, saya rasa ada ibrahnya. Betul, terasa benar nikmat mata yang Allah bagi ni.

Jom saya kongsikan tentang perihal sakit mata supaya kita semua lebih berjaga-jaga.

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).

Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,

Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh

  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat

Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,

Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

Bagaimana?

  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Sumber:cybermedik.com


~Ibu Iman~

Tuesday, January 17, 2012

Bahagiakan Rumahtangga Kita

Semoga bermanfaat:)

Allah swt berfirman :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS Ar Rum: 21)

PERKAHWINAN BUKTI KEAGUNGAN ALLAH

Ayat ini sebenarnya sebahagian dari cerita tentang tanda-tanda keagungan Allah swt dan kekuasaanNya di mana semua yang ada di langit dan di bumi dan segala yang berlaku adalah datang dariNya.

Ini juga termasuk diciptakannya manusia berpasang-pasangan yang dengannya berlaku kelangsungan hidup seperti yang disebutkan pada ayat di atas.

Oleh kerana itu, hakikat perkahwinan dan rumahtangga bagi Allah swt adalah ikatan yang sangat agung kerana dengannyalah akan terserlah keagunganNya.

Sebaliknya, ketika manusia hidup di alam perzinaan, yang ternampak hanyalah sifat kebinatangan.

Bila sifat kebinatangan yang menonjol dalam hidup manusia, kerosakan pasti akan bermaharajalela. Paling tidak yang pertama sekali akan hancur adalah sifat kemanusiaan.

Manusia tidak lagi peduli dengan rumahtangga. Bila rumah tangga hancur, garis nasab akan hilang. Lama kelamaan manusia tidak tahu lagi siapa sebenarnya yang ia gauli. Tidak mustahil suatu ketika (bahkan ini sudah banyak berlaku), akan lahir seorang anak dari hubungan ayah dengan anaknya, atau hubungan ibu dengan anaknya, atau hubungan antara saudara seayah dan sebagainya.

Oleh kerana itu dalam ayat di atas, Allah swt menjadikan hakikat berpasang-pasangan sebagai bukti keagunganNya supaya manusia tidak begitu mudah merendahkan dirinya dengan menganggap bahwa ia boleh membuat hubungan dengan sesiapa sahaja.

Tidak! janganlah sekali-kali perbuatan ini dilakukan kerana dengan melakukan perzinaan, seseorang tidak sahaja menghancurkan kemanusiaannya sendiri melainkan lebih dari itu ia telah merendahkan Allah swt dengan meremehkan tanda-tanda keagunganNya.

Adalah jelas bahwa dari ayat di atas setidak-tidaknya ada tiga tonggak yang boleh kita lahirkan untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga:

1. Bangunkan Jiwa Sakinah

2. Hidupkan Semangat Mawaddah

3. Pertahankan Ruh Rahmah

Ketiga-tiga langkah di atas adalah bekalan utama setiap rumahtangga. Jika salah satunya hilang, rumahtangganya akan rapuh dan mudah retak. Oleh kerana itu hendaklah ketiga-tiga langkah tersebut benar-benar dihidupkan secara maksimum atau paling tidak mendekatinya semampu mungkin.

1. BANGUNKAN JIWA SAKINAH

Allah swt berfirman : "litaskunuu ilaihaa", ertinya agar kau berteduh wahai para suami kepada isterimu.

Perkataan "litaskunuu" diambil dari kata "sakana yaskunu" ertinya berdiam atau berteduh. Dari perkataan "sakana" ini di ambil istilah "sakinah" yang kemudiannya diertikan sebagai tenang, bahkan pengertian dalam ayat ini lebih dalam lagi dari sekadar tenang.

Syaikh Ibn Asyur dalam tafsirnya "At Tahrir wat Tanwiir" memberi pengertian perkataan "litaskunuu" dengan dengan tiga makna :

(a) "lita'lafuu" ertinya agar kamu saling mengikat hati, seperti ungkapan "ta'liiful quluub".

Dalam surah Al Anfal, ayat: 63 Allah swt berfirman:

"Dialah Allah yang telah mempersatukan hati di antara mereka".

Dengan makna ini maka suami isteri hendaklah benar-benar membangunkan ikatan hati yang kuat dan sekuat-kuat pengikat hati adalah iman. Maka semakin kuat iman seseorang, semakin kuat pula ikatan hatinya dalam rumah tangganya. Sebaliknya semakin lemah iman seseorang, boleh dipastikan bahwa rumah tangga tersebut akan rapuh dan mudah retak.

(b) "Tamiiluu ilaihaa" ertinya kau condong kepadanya.

Condong ertinya fikiran, perasaan dan tanggung jawab tercurah kepadanya.

Dengan makna ini maka hubungan suami isteri bukan sekadar biasa-biasa untuk bersenang-senang sejenak melainkan benar-benar dibangunkan di atas tekad yang kuat untuk membangun masa depan rumah tangga yang bermanfaat. Oleh kerananya, mesti ada kecondongan dari masing-masing suami dan isteri. Tanpa kecondongan, pasti akan berlaku suasana keterpaksaan.

Oleh itu, ibubapa jangan memaksakan kehendak mereka jika memang ternyata dalam diri anak mereka tidak ada kecondongan. Seringkali kita menemui anak muda yang mengeluh kerana dipaksa ibu bapa mereka untuk berkahwin dengan seseorang sementara dalam diri anak muda tersebut tidak ada kecondongan sama sekali. Tapi ibubapa mereka mengancam dan bahkan menganggap ia bukan anak mereka jika tidak mengikuti keinginan mereka.

Ini tentunya bukan sikap yang sepatutnya diambil. Ibubapa harus tahu bahwa"sakinah" dalam rumah tangga tidak akan tercapai tanpa adanya kecondongan. Begitu juga ibubapa harus tahu bahwa yang akan hidup bersama isterinya adalah si anak. Maka adalah tidak wajar menggunakan kad merah ibubapa untuk memaksakan kecondongan mereka supaya anak-anak mengikuti kehendak mereka.

Seringkali rumah tangga hancur kerana ibubapa tidak memperhatikan kecondongan si anak. Oleh kerana itu, untuk membangun sakinah, mesti ada dalam diri masing-masing suami dan isteri kecondongan.

(c) "Tathma'innuu biha" ertinya kau merasa tenang dengannya.

Dalam surah Ar Ra'd, ayat 28 Allah swt berfirman:

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram".

Dari sini nampak bahwa untuk mencapai ketenangan dalam rumah tangga hanya dengan banyak berzikir kepada Allah.

Para ulama’ menyebutkan bahwa zikir ada tiga dimensi :

1. Zikir dengan lidah.

2. Zikir dengan hati, maksudnya hatinya sentiasa sedar dan ingat kepada Allah.

3. Zikir dengan perbuatan, maksudnya seluruh perbuatannya sentiasa dalam ketaatan kepada Allah swt.

Maka adalah sesuatu yang mustahil untuk mencapai sakinah dalam rumah tangga yang penuh dengan kemaksiatan kepada Allah swt.

Termasuk dalam kemaksiatan adalah ketika masing-masing suami dan isteri suka berbohong. Banyak rumahtangga yang retak kerana ketidakjujuran di kalangan suami dan isteri masing-masing.

Jika seorang suami suka berbohong pasti si isteri akan gelisah. Seterusnya ketenangan akan hilang dalam rumahtangga. Sebaliknya jika isteri suka berbohong, si suami pasti tidak akan merasa tenang bersamanya. Bila suami tidak tenang, boleh jadi kelak rumahtangga akan terancam. Dari sini perceraian demi perceraian akan berlaku. Sebab utamanya adalah kerana tiada kejujuran dan kebiasaan dalam melakukan dosa-dosa.

2. HIDUPKAN SEMANGAT MAWADDAH

"Mawaddah" ertinya cinta. Secara jelasnya bahwa "mawaddah" adalah perasaan cinta dan senang dengannya sehingga rumahtangga menjadi berghairah dan penuh semangat.

Tanpa "mawaddah", rumahtangga akan kering. "Mawaddah" biasanya sangat berbentuk "keindividuan". Ia tidak bergantung kepada kecantikan isteri atau ketampanan suami.

Boleh jadi di mata orang ramai, wanita itu tidak cantik, tetapi si suami sangat mencintainya. Begitu juga, boleh jadi wanita itu disepakati sebagai wanita yang cantik, tetapi si suami ternyata sangat membencinya.

Sebahagian ulama’ tafsir mengatakan bahwa cinta biasanya sering menggebu di masa muda atau di awal-awal perkahwinan. Lama kelamaan setelah melalui kehidupan rutin rumahtangga, getaran cinta menjadi semakin melemah.

Oleh sebab itu Allah swt bekalkan rahmah sebagai pengimbangnya supaya ketika kekuatan cinta mulai redup, masih ada semangat rahmah yang akan menyelamatkan rumah tangga tersebut. Lain pula halnya dengan orang-orang yang membangun rumahtangga hanya dengan modal cinta di mana rumahtangga mereka tidak kukuh dan mudah roboh.

Ibarat sebuah mesin, "mawaddah" adalah dinamo penggerak yang menghairahkan. Dengan "mawaddah", rumahtangga menjadi

  1. Dinamik.
  2. Produktif.

Sebaliknya jika jiwa "mawaddah" hilang, rumahtangga akan hilang keceriaan serta menjadi "monotonous" tanpa wujud unsur dinamik sama sekali.

Secara minimanya mawaddah mempunyai tiga ciri utama :

(a) Sentiasa saling memberi hadiah, ini sepertimana sabda Nabi saw iaitu dengan saling memberi hadiah cinta akan sentiasa hangat.

(b) Sentiasa saling mengingatkan kebaikannya. Ini kerana dengan mengingatkan kebaikannya seseorang akan sentiasa merasa terhutang budi. Hindarkan diri dari melihat keburukan dan kekurangannya kerana itu akan menumbuhkan kebencian dan perselisihan tiada henti.

(c) Sentiasa saling berkomunikasi kerana hasil dari komunikasilah prasangka akan hilang. Kita lihat banyak perkara yang sebenarnya dimaksudkan untuk kebaikan, tetapi kerana lemahnya komunikasi, seringkali kesalahfahaman berlaku.

3. PERTAHANKAN RUH RAHMAH

"Rahmah" ertinya kasih sayang, diambil dari perkataan "rahima yarhamu". Dari perkataan ini pula diambil kata "Ar Rahmaan" salah satu nama Allah swt iaitu Allah Maha Penyayang.

Para ahli tafsir mengatakan bahwa RahmanNya Allah meliputi seluruh makhlukNya samada manusia, binatang, dan makhluk-makhluk lainnya termasuk juga orang-orang yang tidak beriman. Oleh sebab itu, mereka masih boleh hidup dan boleh menikmati kemudahan kehidupan dari Allah, padahal mereka setiap hari tidak mentaatiNya.

Perkataan "rahmah" lebih bermakna kesungguhan untuk berbuat baik kepada orang lain, apa lagi kepada keluarga.

Memang setiap orang mempunyai kekurangan dan tidak ada seorang pun yang mencapai kesempurnaan. Maka, jika setiap manusia mempunyai persepsi bahwa ia mengimpikan adanya pasangan yang sempurna, pasti pada akhirnya ia tidak akan sekali-kali memiliki pasangan tersebut.

Pepatah Arab ada menyebutkan :

"Orang yang mencari kawan tanpa cacat, pasti pada akhirnya ia tidak akan mempunyai kawan".

Perkataan "rahmah" lebih mencerminkan sikap saling memahami kekurangan masing-masing lalu berusaha untuk saling melengkapi. Sikap "rahmah"menekankan adanya sikap saling tolong menolong dalam ‘bersinergi’ sehingga kekurangan berubah menjadi kesempurnaan.

Sikap rahmah seringkali berperanan ketika semangat cinta mulai menurun. Biasanya ini berlaku setelah usia suami isteri sama-sama mencapai tahap tua. Cucu sudah mulai ramai. Badan pula sudah merasa sakit-sakit. Pada ketika itu, ketahanan rumahtangga sangat bergantung kepada kekuatan "rahmah" (kasih sayang) antara suami dan isteri.

Oleh kerana itu, "mawaddah" dan "rahmah" ibarat dua sayap bagi burung.

Bila kedua sayap itu berfungsi dengan baik, maka rumahtangga akan berlangsung penuh kebahagiaan. Ibarat burung terbang di angkasa, ia menikmati keindahan alam semesta dan penuh dengan kelapangan dada tanpa sedikit pun ada bebanan di hatinya. Terbang ke mana sahaja ia mahu, tidak ada halangan dan kesulitan.

KESEDARAN AKHIRAT

Pada penutup ayat di atas, Allah swt berfirman maksudnya bahwa itu semua merupakan bukti bagi orang-orang yang berfikir iaitu orang-orang yang menggunakan akalnya untuk memahami ajaran Allah swt.

Dalam Al Qur'an banyak sekali penegasan bahwa kelak di hari Kiamat ramai manusia yang menyesal kerana selama hidup di dunia tidak menggunakan akalnya.

Allah swt berfirman,

"Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." (QS Al Mulk : 10)

Dari sini nampaklah bahwa yang membezakan antara manusia dan makhluk lainnya adalah Allah bekalkan akal kepada manusia.

Di antara ciri-ciri orang-orang yang berakal bahwa ia sentiasa menegakkan kedamaian dalam hidupnya terutama dalam rumahtangganya.

Maka ketika ia tidak dapat membangunkan kedamaian dalam rumahtangganya, boleh dipastikan bahwa ia akan gagal dalam lapangan kehidupan yang lain.

Bila seseorang gagal dalam rumahtangganya secara automatiknya ia menyesal. Menyesal kerana telah menyia-nyiakan kesempatan untuk berbuat baik selama hidup di dunia. Penyesalan itu kelak akan terjadi setelah ia tahu bahwa ternyata Allah tidak menyia-nyiakan sekecil apapun yang dilakukan oleh manusia.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula." (QS Al Zalzalah : 7-8)

Kesedaran akhirat seperti inilah yang sepatutnya sentiasa dihidupkan oleh setiap pasangan suami isteri kerana hanya dengan kesedaran ini, semua perilaku akan menjadi baik dan rumahtangga akan dapat dibina dengan kukuh manakala setiap pasangan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga kami kerana hanya dengan tiga unsur inilah, rumahtangga kami akan menjadi lebih kukuh dan mampu menghadapi badai kehidupan serta pertautkanlah hati-hati setiap pasangan dari kami sehingga mereka akan merasa tenang, cinta dan saling berkasih sayang dalam melahirkan rumah tangga yang bahagia yang bercirikan "Rumahku Syurgaku".

ARTIKEL INI DIPETIK DARI:http://johor.ikram.org.my


Happy 2nd Anniversary!

16 january 2010.....



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Sedar tak sedar, telah dua tahun saya telah berkahwin dengan Mr Rudy, my soulmate. Dan sudah pun menjadi ibu kepada Muhammad Iman Haikal selama 1 tahun 2 bulan!

What's a tough, happy and adventurous year!


KAMI; ABAH; IBU; IMAN

Dengan apa yang telah saya lalui sepanjang perkahwinan, saya sangat bersyukur atas nikmat Allah yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu. Satu nikmat yang sangat hebat!

Allah swt berfirman :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS Ar Rum: 21)

-ibu iman-






Wednesday, January 11, 2012

Iman Dah Pandai Jalan



Alhamdulillah, umur Iman sekarang dah satu tahun dua bulan lebih dan Iman dah pandai jalan. Yeah!!

Waktu Iman umur setahun, dia dah start berdiri dan berpaut pada dinding. Kira, jalan dah tapi mesti with support. Dan dah masuk setahun satu bulan, dia mula berdiri sendiri tapi takut nak gerakkan kakinya. Dan bulan ni Januari 2012, Iman dah jalan 'jauh'..oh tapi still jatuh-jatuh lagi.

Seronok tengok gelagat anak kecil ini waktu mula belajar berjalan. Dia sangat berusaha, sampai terkeluar suara-suara kejantanan Iman ni tau! Oh, Iman sejak dah besar ni (setahun) suara dah garau. Parah!!

Mungkin kemahuan Iman untuk berjalan ni disebabkan Iman kini telah bertukar bilik di Taska. Sekarang ini Iman ditempatkan di bilik kanak-kanak yang berumur setahun ke dua tahun kalau tak silap. Mungkin tengok 'senior-senior' berjalan, Iman pun rasa tercabar dan berusaha untuk berjalan jugak. Setiap hari, langkah Iman semakin banyak dan makin mantap. Kira, kalau setakat 5 tapak tu, dah tak jatuh lah. Kadang-kadang, kalau jatuh pun Iman ketawa, mungkin sebab dia pun seronok dengan perkembangan dirinya. Oh ada juga masanya dek tak pandai nak control tahap kelajuan berjalan, terhantuk kat dinding. Waaa....apa lagi, menangis dengan kuat tahap gaban. Heheheh...

Ramai orang cakap kalau nak anak cepat berjalan, lepas mandikan anak, urut betis dan tapak kaki. Saya pun buat begitu, tapi kekadang tak sempat pun nak urut-urut. Lagi elok mula masa bayi lagi. Dah setahun ni, tak de maknanye Iman nak duduk diam time nak pakai diaper. Puas lah jugak ibu terkejar-kejar ;)

Lagi menarik, Abah Iman dah belikan Iman kasut baru.
jazakallah khayr, Abah. Terima kasih Abah. Iman sayang Abah ;)


Kasut Ben 10

Tapi



Mata SpongeBob, boley!

Ape pun, Iman akan lebih berusaha untuk berjalan, berlari, melompat dan seterusnya!!
Ape, berlari.??? *Ibu pengsan* Adoi, tak dapat bayang Iman dah start berlari dan melompat.



Ya Allah, permudahkan perkembangan anak ku ini. Ameen.

-ibu iman-


add