add

Tuesday, December 27, 2011

Kepentingan dan Kelebihan Al Ma'thurat



Assalamualaikum wrt

Bismillahirrahmannirrahim,

Kita selalu dengar tentang kelebihan Al-Ma'thurat. Memang setahu saya, rakan-rakan pun ramai yang mengamalkan zikir-zikir dalam Al-Ma'thurat.
Tapi apa sebenarnya Al-Ma'thurat dan siapa yang memulakan Al-Ma'thurat ni erk.

Ok.

Sebenarnya, Syahid Hassan Al Banna dari Mesir adalah orang yang telah memperkenalkan wirid zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam dan khususnya kepada pengerak-pengerak dakwah Islam sebagai santapan rohani penguat jiwa mereka. Menurut Hassan Al Banna, terdapat banyak kepentingan mengapa zikir-zikir ini perlu dilakukan. Antara pesanannya:

1. Zikir mengingati Allah sebenarnya perlu dilakukan pada setiap ketika, termasuklah di dalam perkara yang biasanya dianggap sebagai perkara duniawi. Seni mengaitkan amalan dunia yang dilihat tiada kaitan dengan ritual keagamaan, dengan mengingati Allah, adalah suatu seni yang perlu digilap oleh pendokong Islam.

2. Beliau juga memperingatkan kepada ahli Ikhwan mengenai fadhilat zikir. Yang paling utama menurut beliau, ialah dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita, seterusnya membawa kepada nusrah dan ketenangan di dalam menggalas amanah dakwah.

3. Adab berzikir turut ditekankan oleh beliau. Adab paling penting ialah menghadirkan kemanisan hati semasa berzikir, dengan memberikan fokus dan memikir falsafah pengertian zikir yang dilafaz lisan. Beliau turut menyatakan keutamaan merendahkan suara di dalam berzikir, dan juga menjaga kebersihan pakaian serta tempat ketika berzikir.

4. Di dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan ahli Ikhwan supaya membca al-Ma’thurat secara berjemaah atau beramai-ramai, dengan syarat tidak menganggu orang lain yang sedang bersembahyang atau mengerjakan urusan yang lain. Menurut al-Banna, kelebihan berzikir secara berkumpulan ini disentuh di dalam sepotong hadith riwayat Muslim:

لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.

Antara kelebihan-kelebihan bacaaan zikir dan wirid Ma'thura ini adalah:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Seeloknya, Al-Ma'thurat ini dibaca selepas Subuh dan selepas Asar. InsyaAllah dengan bacaan Ma'thurat ini Allah akan pelihara kita.

Sekarang ni pun, Al-Ma'thurat boleh dimuat turun secara percuma di 'smartphone'. Jadi tiada alasan untuk tidak berMa'thurat.

Allahua’lam bissowab

sumber:abidfana.com dan hatikering.wordpress.com

-ibu iman-

Thursday, October 13, 2011

Antara Penyelidikan dan Research

Ya, saya masih seorang pelajar.

Mendaftar diri sebagai calon Sarjana di Uni. Sains Malaysia, Penang merupakan keputusan besar utk saya selepas lelah, bekerja sebagai chemist di Smart Glove Corp. di Kapar, Klang.

akhir 2008, berdaftar dan alhamdulillah dgn rezeki Allah, dapat penajaan dari USM. syukur.

Setelah 3 tahun, bergelumang dgn dunia research, saya sedar dunia research ini adalah...

re...re..and re..and ...re...and re...and re.... search...
maksud nya..mencari lagi mencari lagi dan lagi lagi dan lagi....wink...

unstop process unless you get what you expect...

menyesal masuk dunia research....????

tidak (are you sure ;))

supervisor saya selalu cakap..semua org boleh amik Master...tapi yang membeza kan org itu dan engkau ialah...ape yang ko kutip sepanjang ko amik master...means,....

kita berjalan menuju ke satu arah, tapi dalam kita berjalan or berlari ke arah itu, ape yang kita kutip sepanjang jalan itu....

tu..yang menyebab kan saya masih boleh bertahan utk terus buat research coz saya hanya berusaha yang lain saya berserah pada Allah..

Anda?? Bagaimana...



i love USM

~ibu iman

Wednesday, September 28, 2011

I'm In....



Hey World!

I'm In.

Yes i wanna in as an active blogger ;)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Good Morning, Guten Morgen to you, World.


Dalam sibuk key in result experiment, rase lebih baik update blog yang dah berabuk tahap gaban ni.

Ya Allah, niat aku utk menulis blog ini adalah untuk berkongsi ilmu Mu dengan manusia di luar sana...mudahkan aku dan redha kan aku Ya Allah...Ameen.

IBU IMAN

add