add

Tuesday, December 27, 2011

Kepentingan dan Kelebihan Al Ma'thurat



Assalamualaikum wrt

Bismillahirrahmannirrahim,

Kita selalu dengar tentang kelebihan Al-Ma'thurat. Memang setahu saya, rakan-rakan pun ramai yang mengamalkan zikir-zikir dalam Al-Ma'thurat.
Tapi apa sebenarnya Al-Ma'thurat dan siapa yang memulakan Al-Ma'thurat ni erk.

Ok.

Sebenarnya, Syahid Hassan Al Banna dari Mesir adalah orang yang telah memperkenalkan wirid zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam dan khususnya kepada pengerak-pengerak dakwah Islam sebagai santapan rohani penguat jiwa mereka. Menurut Hassan Al Banna, terdapat banyak kepentingan mengapa zikir-zikir ini perlu dilakukan. Antara pesanannya:

1. Zikir mengingati Allah sebenarnya perlu dilakukan pada setiap ketika, termasuklah di dalam perkara yang biasanya dianggap sebagai perkara duniawi. Seni mengaitkan amalan dunia yang dilihat tiada kaitan dengan ritual keagamaan, dengan mengingati Allah, adalah suatu seni yang perlu digilap oleh pendokong Islam.

2. Beliau juga memperingatkan kepada ahli Ikhwan mengenai fadhilat zikir. Yang paling utama menurut beliau, ialah dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita, seterusnya membawa kepada nusrah dan ketenangan di dalam menggalas amanah dakwah.

3. Adab berzikir turut ditekankan oleh beliau. Adab paling penting ialah menghadirkan kemanisan hati semasa berzikir, dengan memberikan fokus dan memikir falsafah pengertian zikir yang dilafaz lisan. Beliau turut menyatakan keutamaan merendahkan suara di dalam berzikir, dan juga menjaga kebersihan pakaian serta tempat ketika berzikir.

4. Di dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan ahli Ikhwan supaya membca al-Ma’thurat secara berjemaah atau beramai-ramai, dengan syarat tidak menganggu orang lain yang sedang bersembahyang atau mengerjakan urusan yang lain. Menurut al-Banna, kelebihan berzikir secara berkumpulan ini disentuh di dalam sepotong hadith riwayat Muslim:

لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.

Antara kelebihan-kelebihan bacaaan zikir dan wirid Ma'thura ini adalah:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Seeloknya, Al-Ma'thurat ini dibaca selepas Subuh dan selepas Asar. InsyaAllah dengan bacaan Ma'thurat ini Allah akan pelihara kita.

Sekarang ni pun, Al-Ma'thurat boleh dimuat turun secara percuma di 'smartphone'. Jadi tiada alasan untuk tidak berMa'thurat.

Allahua’lam bissowab

sumber:abidfana.com dan hatikering.wordpress.com

-ibu iman-

add