add

Showing posts with label hafaz Al Quran. Show all posts
Showing posts with label hafaz Al Quran. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Baby Megat dan Morsi Wins

Assalamualikum WBT dan salam sejahtera,

Wah..lamanya tak update blog ni...Dah hampir 3 bulan...Puh puh...berabuk bangat dah ni...Maaf kepada peminat-peminat bloh ni (ok budget banyak peminat le kunun)..

Hari ni rasa nak share something...dah tak larat nak buat lab sekarang..so rasa nak rest kejap.

Kekadang penat membuat lab memerlukan saya satu medium untuk mengexpresskan rasa hati. Cewah..

Banyak perkara yang berlaku sejak 3 bulan yang lalu. Apa pun nak katanya..CEPATNYA masa berlalu kan...waaaaa...sekarang dah half year of 2012...Copek boto, bak kata orang negeri sembilan...bak kata orang negeri sepuluh, esei tak tau...:)

Penutup bulan Jun sangat membahagiakan semua orang terutama buat sahabatku yang solehah iaitu 'Aishah.

'Aishah Amaran dan Zauj Megat telah dikurniakan oleh Allah mereka seorang mujahid yang sihat dan comel. Alhamdulillah. Moga mujahid inilah akan menjadi pendokong agama Islam. InsyaAllah, jom doakan.


Paling best, sebelum 'Aisyah "meletup", sempat juga ambil gambar dengan beliau. Heheheh..


Moga 'Aisyah dan Megat berbahagia dengan kurniaan cahaya mata dari Allah ini. Semoga dengan terbentuknya satu keluarga muslim ini akan menjadi titik tolak untuk membentuk lebih banyak lagi keluarga muslim di luar sana yang akhirnya dapat melahirkan masyarakat muslim...Banyak lagi tangga yang perlu dikejar...Tapi ia perlu bermula sekarang. Ya, sekarang..

Cuba tengok balik dengan kemenangan Dr Morsi di Mesir. Subhanallah...Setelah sekian lama IM bertapak di Mesir, sedikit demi sedikit melahirkan individu muslim, kemudian keluarga muslim, kemudian masyarakat muslim dan sekarang negara muslim.... Subhanallah. Kejayaan itu akhirnya tercapai..

Teringat waktu baca buku Hazadeen, teringat bila orang yang ditangkap dan di masukkan dalam penjara, mereka menayakan bilakah ISLAM akan menang...Kini terbukti ISLAM telah MENANG. dan untuk mencapai kemenangan ini bukan usaha satu dua hari sahaja...Bukan lah hanya 2-3 ribu duit dan bukan lah sedikit tenaga dan jiwa yang dikorbankan.  Perjalanan ini sumpah panjang kan...


Orang Mesir Gembira Dr Morsi Menang [image from google].


[image from google]

Ni dia Dr Morsi, pemimpin Mesir yang seorang Hafiz..Subhanallah..


Kejayaan itu pasti, namun jalan menuju kejayaan itu penuh onak dan duri.
Moga satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara Islam yang sebenar. 
Sebelum perkara itu berlaku masih banyak lagi benda-benda penting yang perlu disusun agar kejayaan itu tercapai. 

ALLAH MUSTAAN


Mode: tengah berangan nak hantar Iman belajar kat Mesir. Ada rezeki dapat jumpa Zaujah Dr Morsi yang hebat tu. Ya Allah, makbuklan doa ku :)

~Ibu Iman~




Saturday, February 25, 2012

Hafaz Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim,

Sungguh Al-Quran itu petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Sebagai seorang Muslim, Al Quran adalah manual kehiupan kita. Ia menjadi rujukan utama dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang fana. Saya yakin ramai orang boleh mengaji. Alhamdulillah. Ye lah, dari kecil lagi kita dah diperkenalkan dengan muqaddam dan seterusnya Al Quran. Dan di TV pun dah banyak rancangan yang berkaitan dengan mengaji Al Quran. Alhamdulillah.

Selain mengaji, kita juga sebenarnya digalakkan menghafaz Al Quran. Orang yang menghafaz al Quran adalah sangat dekat dengan Allah kerana ayat-ayat cinta Allah, semuanya di minda dan hati mereka. Saya sangat cemburu dengan mereka!. Jom, hari ini saya kongsikan seorang pelajar jurutera yang berjaya menghafaz Al-Quran semasa di universiti. Moga-moga dengan tip-tip pelajar ini, kita semua boleh aplikasi dan bersemangat untuk hafaz al-Quran.




Sumber: ikram johor

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).

Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu

Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan

Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.

Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya

Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal: http://quranforbusypeople.wordpress.com/2011/04/24/how-to-memorize-the-quran/

add